Login

History PDF Print E-mail

Sejarah


 

 

Sek.Men Keb.Padang Midin,Kuala Terengganu,adalah Sekolah Menengah Aliran Melayu yang pertama di negeri Terengganu Darul Iman. Sekolah yang tereletak lebih kurang 12 kilometer dari Pusat Bandar Kuala Terengganu. Siap di bina dan mula digunakan pada bulan Oktober 1964. Sebelum ini (sejak 1961) pelajar-pelajar sekolah ini menumpang di Sek. Men. Keb. Sultan Sulaiman. Sekolah ini mula dibuka dengan rasminya oleh Y.B.En.Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia Pada 28hb. September 1965. Ianya mula menampung pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5.Pengetua yang pertama ialah En. Nordin bin Nasir.

 

 

 

 

Tokoh

 

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin diberi berdasarkan tempat terletaknya sekolah ini iaitu di Padang Midin, dalam Mukim Alur Limbat daerah Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

 

 

 

 

 

 

Pengasas

Sekolah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (pada ketika itu) sebagai langkah perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digariskan dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961, yang mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar di Sekolah-Sekolah Menengah