Pesta Minda 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 21 January 2008 20:16
Article Index
Pesta Minda 2008
bh
All Pages

    Pesta Minda Terengganu diadakan pada 18 - 21 Januari 2008. SMK Padang Midin turut terlibat dalam Pesta Minda yang pertama kali diadakan di Terengganu menerusi Kelab Robotik

 

    Pesta yang berlangsung selama 4 hari ini dirasmikan oleh Dato' Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu pada hari Sabtu ( 22 Januari). Pelbagai aktiviti diadakan semperna program ini.

 

    Pengunjung pelbagai lapisan yang ditemui nyata teruja dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan penganjur pada pesta empat hari yang berakhir hari ini (Isnin) dan berharap ia dapat dikekalkan sebagai acara tahunan.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Minda Terengganu (PMT), Datuk Saidi Muhamed, berkata penubuhan pusat itu bakal menjadi pemangkin dalam mengubah minda masyarakat terutama generasi baru kepada lebih terbuka, kreatif dan berpemikiran tinggi.

Katanya, PMT yang mula beroperasi Disember lalu bermatlamat melahirkan warga Terengganu yang memiliki mentaliti kelas pertama.

"Pesta Minda ini adalah cetusan idea Menteri Besar yang mahu semua rakyatnya melihat perancangan dan aktiviti minda yang dilaksanakan kerajaan negeri.

"Pengunjung diharap dapat menerokai minda masing-masing, mengukur IQ, menguji keupayaan minda, menilai sejauh mana potensi minda sebenar mereka," katanya.

 

Rencana disunting dari Berita Harian. 

 


 

Timur: Pesta Minda dapat sambutan

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Penduduk teruja dengan pelbagai maklumat berguna dipamerkan dalam usaha kerajaan bentuk generasi Ulul Albab

KUALA TERENGGANU: Pesta Minda, iaitu acara pertama seumpamanya di negara ini yang berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini, berjaya mendedahkan pengunjung mengenai kekuatan dan potensi minda.

Pengunjung pelbagai lapisan yang ditemui nyata teruja dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan penganjur pada pesta empat hari yang berakhir hari ini (Isnin) dan berharap ia dapat dikekalkan sebagai acara tahunan.


Suri rumah, Suriani Mohd Nor, 40, dari Gong Badak antara 14,000 pengunjung pada hari kedua ketika ditemui berkata, beliau kagum dengan usaha kerajaan negeri menganjurkan Pesta Minda yang memberi pendedahan dan pelbagai maklumat berguna mengenai minda kepada pengunjung.

"Pesta ini sangat bagus kerana masyarakat berpeluang mempelajari ilmu mengenai minda. Sebagai suri rumah, saya rasa seronok apabila dapat belajar pelbagai teknik meningkatkan kekuatan minda.

"Daripada ilmu yang peroleh, saya boleh mengamalkannya di rumah untuk mendidik anak-anak seperti kaedah mudah mengingat dan menghafaz," katanya.

 

Kakitangan kerajaan, Zaharuddin Razak, 34, berkata, beliau dan anaknya teruja dapat melihat lebih dekat otak sebenar manusia selain bagaimana ia berfungsi.

"Seminar dan pameran yang disediakan sangat interaktif dan berjaya menarik minat pengunjung khususnya kanak-kanak. Melalui apa yang diperoleh di sini, ia mampu membantu ibu bapa mendidik anak untuk menjadi generasi yang kreatif dan berpemikiran tinggi," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam, Kemaman, Farhan Hanan Muhd Hilmi, 14, berkata, bahagian pameran robotik paling menarik minatnya dan rakan yang berminat untuk mendalami ilmu sains.

"Semua pameran disediakan menarik dan saya gembira dapat datang ke sini kerana banyak maklumat yang diperoleh. Saya harap, jika pameran ini diadakan lagi, penganjur dapat memperbanyakkan permainan interaktif untuk pelajar," katanya.

Pesta Minda anjuran Pusat Minda Terengganu dengan kerjasama BRAINNetwork Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung sehingga Isnin ini, di dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris turut melancarkan Kelab Ulul Albab yang kini dibuka di 12 sekolah dengan keahlian seramai 360 murid, yang ditubuhkan bagi merancakkan lagi usaha menjana generasi Ulul Albab.

Beliau berkata, Pesta Minda diharap mampu menjadi platform untuk kanak-kanak sekolah khususnya dalam meningkatkan keupayaan dan potensi minda untuk melahirkan generasi Ulul Albab.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Minda Terengganu (PMT), Datuk Saidi Muhamed, berkata penubuhan pusat itu bakal menjadi pemangkin dalam mengubah minda masyarakat terutama generasi baru kepada lebih terbuka, kreatif dan berpemikiran tinggi.

Katanya, PMT yang mula beroperasi Disember lalu bermatlamat melahirkan warga Terengganu yang memiliki mentaliti kelas pertama.

"Pesta Minda ini adalah cetusan idea Menteri Besar yang mahu semua rakyatnya melihat perancangan dan aktiviti minda yang dilaksanakan kerajaan negeri.

"Pengunjung diharap dapat menerokai minda masing-masing, mengukur IQ, menguji keupayaan minda, menilai sejauh mana potensi minda sebenar mereka," katanya.

 

 

 

Comments (0)add comment

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy