Pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 29 March 2010 19:03

Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan 2009

Tahniah Kepada Semua Guru Dan Pelajar

PUTRAJAYA 30 Disember 2009 Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin secara rasmi telah dinobatkan sebagai Pemenang Ketiga Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan. Penyampaian anugerah ini telah disempunakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Encik Paud bin Zakarshi semasa Hari Qualiti Kementerian Pelajaran di Putra Jaya.

Sesungguhnya kejayaaan ini telah berjaya melakar sejarah yang tersendiri buat semua warga SMKPM amnya dan warga PSS khususnya.Ternyata segala pengorbanan dan perit jerih dalam membuat persiapan menghadapi pertandingan sepanjang tahun 2009 terbalas dengan anugerah ini.

Penyertaan kita dalam pertandingan tersebut juga turut merubah senario sekolah kepada pusat pembelajaran bermaklumat. Beberapa koridor sumber berjaya di wujudkan di sekitar kawasan sekolah dan juga bilik-bilik khas. Rekod-rekod pengurusan stok dan perolehan juga lebih kemas dan bersistematik.

Beberapa projek inovasi seperti pembinaan blog penulis-penulis muda, blog pengawas PSS, sistem tempahan buku dan bilik tayangan online akan terusĀ  dipertingkatkan pada tahun-tahun mendatang.

Comments (1)add comment
CAP AYAM369: ...
tahniah2 smilies/wink.gif
1

report abuse
vote down
vote up
April 11, 2010
Votes: +1

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy