|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 10 February 2009 12:53 |
|
Hari ini mencatatkan sejarah baru kepada warga SMKPM kerana pada tarikh ini sekolah ini telah menerima sebuah bas sumbangan daripada Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Mokhtar bin Nong SUK Negeri Terengganu turut hadir pada majlis ini ialah Tn. Hj. Ariffin Bin Embong Pengarah Pelajaran Terengganu. Bas ini merupakan bas yang ditunggu-tunggu sekian lama bagi kegunaan sekolah memandangkan SMKPM merupakan sebuah sekolah terawal di Kuala Terengganu yang belum mempunyai bas. Bas ini pastinya akan digunakan dengan sebaiknya terutamanya untuk kegunaan Projek Sepak Takraw dan Projek Hoki yang selama ini pasukan projek ini terpaksa menyewa bas daripada luar. Kehadiran bas ini akan menjadi mercu tanda baru bagi SMKPM yang pastinya warga SMKPM akan merasa bangga dengan adanya ikon baru ini.
 |