|
source : http://www.utusan.com.my PUTRAJAYA 24 Dis. - Seramai 472,060 calon yang menduduki peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) di 3,458 buah pusat peperiksaan seluruh
negara akan mengetahui keputusan masing-masing pada 30 Disember ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam satu
kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan itu akan
diumumkan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E, di sini.
Menurutnya, calon-calon boleh mengambil keputusan pada hari yang
sama di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala keputusan
bagi calon persendirian akan dihantar melalui pos oleh Jabatan
Pelajaran negeri.
Beliau berkata, daripada keseluruhan pelajar yang menduduki PMR,
seramai 442,791 (93.8 peratus) adalah calon sekolah-sekolah Kementerian
Pelajaran manakala 15,430 (3.3 peratus) calon sekolah-sekolah kerajaan
negeri dan tajaan badan-badan tertentu.
Selain itu, sebanyak 13,491 (2.8 peratus) orang merupakan calon
swasta manakala 348 (0.1 peratus) ialah calon persendirian perseorangan.
 |