Posted by: mariam_enet
on Aug 21, 2009
Tagged in: Untagged
aiyok... tinggal 1week lagi nk trial. camne agoknye aee result kekgi. susah2. nak2 jadi budak sain ni..
Posted by: jan ishika
on Aug 04, 2009
Tagged in: Untagged

assalamualaikum n hai..... ni my fst blog kt cni..juz to prknalkan bout myself
Posted by: syheedazz@gmail.com
on Jul 28, 2009
Tagged in: Untagged
SalamSayangSokmo!! 1st for all...nk thnx alot for all smkpm's teachers.u all,such a great!! Hi...
Posted by: alyaa229
on Jul 05, 2009
Tagged in: Untagged
SyRIA pernah dikunjungi oleh Nabi Muhammad semasa mengetuai kafilah perdagangan kepunyaan Siti Khadijah. - Gambar hiasan Rasullullah SAW dikatakan hanya menerima beberapa qirat (satu qirat bersamaan dengan 1/24 dinar) sebagai upah untuk mengembala kambing milik penduduk Mekah.
Upah tersebut mungkin jauh dari memadai memandangkan kemampuan bapa saudara baginda Abu Talib yang terhad untuk menyara keluarganya sendiri dan Nabi Muhammad yang dalam jagaan beliau itu.
Sehinggalah pada suatu hari, Abu Talib berkata kepada anak saudaranya itu: "Khadijah Putri Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraisy. Kegiatan perdagangannya sampai ke Mesir dan Ethiopia.
"Beliau kini sedang mencari seorang yang jujur dan amanah untuk melaksanakan usaha dagangnya itu, iaitu membawa barang dagangannya dalam satu kafilah Quraisy untuk diniagakan di Syam (Syria).
"Wahai Muhammad, alangkah bagusnya jika kau melamar pekerjaan ini dari wanita itu?"
Kemungkinan atas rasa segan Nabi Muhammad tidak segera melamar pekerjaan itu walaupun baginda sangat bersetuju memenuhi permintaan bapa saudaranya.
Ini kerana baginda tidak pernah berkenalan dengan Siti Khadijah sebelum ini dan baginya adalah tidak salah supaya wakil pihak wanita itu untuk menemuinya.
Apabila permintaan ini sampai kepada pengetahuan Siti Khadijah, dengan segera wanita ini telah menghantar seorang wakil menemui Rasulullah dan menyampaikan pesanan yang berbunyi: "Saya begitu menghormati tuan atas kelurusan, kejujuran dan keunggulan akhlak peribadi yang tuan miliki.
"Oleh itu, jika barang dagangan saya dalam urusan tuan maka saya akan memberikan upah dua kali ganda banyak berbeza dari yang biasa saya beri kepada orang lain.
"Di samping saya akan memberi kepada tuan dua budak suruhan yang akan membantu dan menuruti apa juga arahan yang tuan berikan kepada mereka," pesan Khadijah.
Sebagaimana biasa, Nabi Muhammad akan merujuk kepada bapa saudara bagi mendapatkan pendapat dan nasihat lalu Abu Talib berkata: "Tawaran ini merupakan sumber nafkah yang Allah SWT limpahkan kepadamu wahai Muhammad, terimalah dan laksanakanlah amanah ini dengan jujur dan amanah. Semoga Allah berkati perjalanan dan urusanmu."
Lalu kepada wakil itu, Nabi Muhammad menyatakan persetujuan menerima tawaran dari Siti Khadijah dan tanpa membuang masa baginda bergegas untuk membantu wanita itu.
Baginda mengetuai sebuah kafilah barang-barang dagangan milik Siti Khadijah untuk dibawa berdagang ke negeri Syam. Bersama baginda dua orang budak suruhan seperti yang dijanjikan oleh wanita itu.
Pemergian kali ini merupakan satu lagi usaha baru yang dilakukan oleh Rasulullah. Sebelum ini baginda terlibat dalam pelbagai kegiatan termasuk mengembala kambing yang baginda lakukan sejak dalam jagaan ibu susuannya, Halimah Saadiah sehinggalah terlibat dalam peperangan dan sebagainya.
Baginda tidak sekadar membawa dagangan milik Siti Khadijah supaya selamat sepanjang perjalanan ke Syria untuk diniagakan, tetapi baginda juga perlu niagakan barang dagangan itu seperti yang diamanahkan oleh wanita bangsawan itu.
Ini bererti baginda sanggup menyahut apa juga cabaran lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang baru atau yang tidak pernah ditempuh oleh baginda sebelum ini.
Hasilnya, sejurus baginda selamat tiba di Syria, diringkaskan seluruh anggota kafilah yang mengikuti rombongan yang diketuai oleh baginda itu akhirnya pulang semula ke Mekah dengan hasil perniagaan yang sangat menguntungkan!
Namun keuntungan yang diperoleh oleh baginda sendiri adalah lebih menguntungkan berbanding saudagar-saudagar yang mengikuti rombongan baginda itu.
Peribadi yang menarik
Disebabkan ia merupakan pengalaman pertama baginda berniaga dan juga membawa barang dagangan orang lain, tentulah ia suatu keadaan yang menyukarkan kepada baginda.
Namun ternyata cabaran itu berjaya disahut dan ini menambahkan lagi kematangan dan kemahiran kepada baginda.
Baginda kemudiannya bersama ahli rombongan yang lain kembali semula pulang ke Kota Mekah dalam satu perjalanan yang dipelihara Allah, selamat dari sebarang mara bahaya.
Semasa kafilah itu berada tidak jauh dari Mekah, budak suruhan yang bernama Maisarah menyarankan kepada Nabi Muhammad supaya baginda memasuki Kota Mekah lebih dahulu dari mereka.
"Alangkah baiknya jika tuan memasuki Mekah mendahului kami dan segera khabarkan kepada Khadijah mengenai perdagangan dan keuntungan besar yang kita perolehi dari Syam ini.
"Tentu beliau gembira dan tuan sendiri akan sentiasa menjadi orang kepercayaan Khadijah setiap kali untuk berniaga jauh dari Kota Mekah, tuan juga yang mendapat untung," kata Maisarah.
Baginda tidak bermasalah untuk menerima saranan Maisarah itu. Dengan segera baginda berkejar ke Mekah semata-mata untuk menemui Siti Khadijah.
Di Kota Mekah, Siti Khadijah berlari turun dari kamarnya apabila mendapati seorang pemuda tampan yang beliau kenali datang hendak menemui beliau dengan hati penuh berdebar.
Beliau segera bertanyakan kepada pemuda tersebut akan berita yang hendak disampaikan kepadanya.
Walaupun ini merupakan kali pertama baginda bertemu Khadijah secara bersemuka, namun baginda tidak mempunyai masalah berkongsi berita-berita gembira mengenai barang dagangan milik Khadijah yang laris dalam perniagaan di Syam.
Tidak lama kemudian Maisarah pun tiba dan terus menyertai pertemuan antara Khadijah dan Nabi Muhammad itu dan tanpa sabar-sabar beliau pun bercerita kepada Khadijah.
Maisarah menceritakan kepada wanita itu pengalaman sepanjang beliau menjadi budak suruhan Nabi Muhammad, termasuk apa yang berlaku dan dilihat sepanjang perjalanan dagangan itu.
Khadijah diberitahu mengenai Rasulullah mempunyai peribadi yang menarik, akhlak yang mulia, fikiran yang tajam, tutur kata yang benar, sangat amanah dan bijak dalam berurusan dengan para peniaga dan pelanggan-pelanggan.
Oleh kerana baginda hanya menonjolkan yang terbaik, termasuk tidak pernah meninggikan suara dan berhemah tinggi menyebabkan ramai yang menyukai dan gemar berurusan dengannya.
Di masa lain, Maisarah juga menceritakan kepada wanita ternama ini bagaimana Rasulullah juga pernah berselisih faham dengan seorang pedagang yang lain yang hendak bersumpah demi berhala Lat dan Uzza.
Tetapi Nabi Muhammad menjawab: "Saya menganggap Lat dan Uzza yang tuan sembah itu sebagai benda-benda yang paling buruk dan nista di muka bumi ini!"
"Ini menyebabkan pedagang itu terdiam dan tidak lagi hendak bertelagah dengan Muhammad," kata Maisarah.
Maisarah juga bercerita mengenai pengalaman mereka ketika berhenti rehat di Busra.
Ia adalah kisah yang mempunyai persamaan seperti yang berlaku ketika baginda mengikuti rombongan dagangan bapa saudaranya, Abu Talib dahulu.
Tetapi diceritakan kali ini, di Busra iaitu ketika al Amin (gelaran kepada Nabi) duduk berehat di bawah sepohon pokok dan tanpa disedari perlakuan baginda diperhatikan oleh seorang pendita atau rahib Nasrani yang keluar dari biaranya.
Rahib itu kemudiannya bertanyakan kepada Maisarah sendiri mengenai Nabi Muhammad yang sedang berehat itu.
Lalu Rahib itu berkata: "Pemuda yang sedang duduk di bawah naungan pohon itu adalah Nabi, yang mengenainya telah saya banyak baca khabar gembira di dalam kitab Talmud (Taurat) dan Injil".
Segala kisah yang diceritakan oleh Maisarah ini benar-benar menjadikan Khadijah seperti dikuasai oleh kuasa magis atau terpukau. Khadijah benar-benar amat tertarik kepada Nabi Muhammad.
Sehinggakan Khadijah meminta supaya Maisarah berhenti dari menceritakan mengenai Muhammad.
"Maisarah, Maisarah cukuplah, cukuplah!
"Engkau telah melipatgandakan perhatian saya terhadap Muhammad.
"Sekarang saya bebaskan engkau dan isterimu dari menjadi hamba saya lagi. Untuk itu juga saya hadiahkan sebanyak 200 dirham, dua ekor kuda dan sepasang baju yang mahal," kata Khadijah.
Maisarah dan isterinya bebas gara-gara kisah Nabi Muhammad! Siti Khadijah tidak lama kemudian didatangi oleh satu mimpi yang aneh. Ikuti kisah selanjutnya mengenai mimpi itu pada siri akan datang!
Posted by: alyaa229
on Jul 05, 2009
Tagged in: Untagged
Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya, perlu menjadi bahan renungan setia anak pada zaman moden ini.
Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya. Akibatnya, Alqamah tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah pada penghujung hayatnya.
Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya." (Hadis riwayat Abu al-Laith)
Kisah Alqamah dengan ibunya mengajar kita betapa seorang ibu sanggup berkorban apa saja dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab itulah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Islam mengharamkan anak daripada melakukan sesuatu yang boleh menyakit dan menyinggung perasaan ibu. Pendek kata, ibulah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan dilakukannya.
Bukankah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu."
Hadis Rasulullah SAW ini mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain, walau kepada bapa sekalipun. Malah, Rasulullah SAW menyebut berbakti kepada ibu sebanyak tiga kali berturut-turut dalam hadis itu, barulah Baginda menyebut berbakti kepada bapa, sekali gus menunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak.
Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya melupakan peranan bapa bagi menjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Justeru, kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu kita tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap bapa.
Begitu juga sebaliknya, kita memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada bapa tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu. Ibu bapa berperanan besar dalam membentuk kehidupan, kelangsungan dan kebahagiaan anak mereka.
Posted by: alyaa229
on Jul 05, 2009
Tagged in: Untagged
KEHIDUPAN di padang pasir yang kering kontang menyebabkan sumber makanan berkurangan dan keadaan itu membangkitkan kemarahan bani Israel yang mula menyalahkan Nabi Musa serta Harun yang mengajak mereka keluar dari Mesir.
Mereka sudah mula nampak kematian. Di padang pasir yang tandus itu mereka bagaikan hilang kepercayaan kepada Maha Kuasa yang berupaya menurunkan makanan kepada hamba-Nya.
Allah memberitahu Nabi Musa bahawa Ia mendengar segala rintihan bani Israel. Pada petangnya, angin bertiup membawa bersama burung salwa sehingga menutupi bumi yang kering kontang itu. Burung itu ditangkap dan dimasak oleh bani Israel.
Keesokan paginya, turun pula manna, tepung berwarna putih bagaikan tepung gandum atau jagung. Rasanya menyerupai tepung apabila dicampur dengan madu. Manna turun bagai embun pagi dan perlu dipungut segera sebelum cair terkena sinaran matahari.
Nabi Musa memberitahu kaumnya bahawa itulah tepung untuk membuat roti yang Allah turunkan kepada mereka. Setiap orang hanya dibenar mengambil kira-kira satu umir atau 8.5 liter setiap hari.
Manna dan salwa diturunkan Allah kepada bani Israel setiap hari kecuali Sabtu. Mereka harus mengumpul makanan itu pada Jumaat untuk kegunaan Sabtu kerana Allah menurunkannya sekali ganda pada Jumaat.
Ada juga yang mengumpulnya pada hari lain, namun pada hari berikutnya ia rosak dan berulat. Bagaimanapun makanan yang mereka kumpul pada Jumaat tidak rosak dan boleh digunakan keesokan hari.
Begitulah nikmat yang Allah turunkan kepada bani Israel. Pada cuaca yang panas Allah menaungi mereka dengan awan dan ketika ketiadaan makanan Allah turunkan manna serta salwa. Namun, mereka tetap tidak mensyukuri nikmat Allah.
Allah memerintah bani Israel menghormati Sabtu kerana hari itu kelepasan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan beribadah. Wasiat keempat daripada 10 wasiat Nabi Musa kepada umatnya melarang mereka bekerja pada Sabtu.
Mereka menangkap ikan sepanjang minggu kecuali Sabtu, namun mencukupi untuk menyara mereka seminggu. Allah menguji keimanan bani Israel pada Sabtu apabila banyak ikan timbul dan bermain di permukaan air.
Sekumpulan daripada mereka menjadi tamak dan mencari helah lalu mengepung ikan itu pada Sabtu dan menangkapnya pada hari berikut. Pada mereka, larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya.
Nasihat dan teguran ahli agama mereka abaikan lalu Allah menukar mereka kepada monyet dan khinzir. Selepas beberapa hari tidak kelihatan, rakan menjengok mereka di rumah dan terperanjat melihat apa yang berlaku. Monyet dan khinzir itu mati akhirnya.
Kisah sikap bani Israel yang tidak mahu mensyukuri nikmat Allah kerana tamak dijelaskan dalam Al-Risaalah 2 Musa Kalimullah jam 10.30 malam di TV9.
Posted by: alyaa229
on Jul 05, 2009
Tagged in: Untagged
Kisah Imam Ahmad bin Hanbal dan Pembuat Roti.
Pada suatu hari, Imam Ahmad bin Hanbal ingin menghabiskan malamnya di sebuah masjid, tetapi penjaga masjid tidak membenarkannya (dia tak kenal tu Imam Ahmad bin Hanbal). Puas Imam Ahmad bin Hanbal memujuk penjaga masjid itu, tetapi tidak berhasil.
Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata : Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (tidur berdiri). Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hanbal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tetap tidak berpuas hati, lalu di halaunya Imam Ahmad bin Hanbal keluar dari masjid tersebut.
Keadaan ini telah diperhatikan oleh seorang pembuat roti lantas timbul rasa belas kasihan terhadap Imam Ahmad bin Hanbal yang agak lanjut usianya pada ketika itu. Lalu dipelawa Imam Ahmad bin Hanbal ber'mabit' di rumahnya pada malam itu. Dalam keadaan keduanya tidak mengenali antara satu sama lain.
Sampai di rumah si pembuat roti, Imam Ahmad di layan dengan baik dan di hormati sebagai tetamu.
Ketikamana si pembuat roti beredar untuk menyediakan ‘doh' membuat roti, Imam Ahmad bin Hanbal mengekori dan memerhatikannya. Lalu Imam Ahmad bin Hanbal kagum dan terkejut melihat si pembuat roti sentiasa beristighfar walaupun sibuk dengan kerja- kerjanya. Selang pagi esoknya, Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti tentang keadaannya yang sentiasa beristighfar walaupun sedang sibuk melakukan kerja.
"Alhamdulillah, saya sering beristighfar walau dimanapun saya berada dan walau keadaan apa sekalipun saya hadapi." jawab si pembuat roti jujur.
"Adakah anda dapati apa- apa kebaikan dari perbuatanmu itu?" tanya Imam Ahmad bin Hanbal.
Maka jawab si pembuat roti, " tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah Subhanatu wa Ta'ala akan memperkenankan doa ku itu."
"kecuali satu doa...." sambung si pembuat roti.
"Doa apa?" aju Imam Ahmad bin Hanbal.
"Doa untuk aku melihat Imam Ahmad bin Hanbal
Posted by: syed saifullah
on May 31, 2009
Tagged in: Untagged
assalamualaikum w.b.t......hy all... first of ol...let me introduce myself first....my name is syed saifullah bin syed muhd zaidi....juz col me syed k..,i live at kg binjai berambu kepong....near the smk padang midin...
Posted by: engkuartini
on May 18, 2009
Tagged in: Untagged
Assalamualaikum guru2, adik2 dan sahabat sekalian.. Lamanya ku tinggalkan SMKPM. 1990-1994. hampir 15 tahun rupanya.. Dan sungguh aku rindu pada sekolah yg begitu banyak mengajar erti hidup padaku. Cikgu yang masih kuingati..
Posted by: alyaa229
on Mar 30, 2009
Tagged in: Untagged
entry nii,i just copy from my skull magazines..sesape yg bljo kat smkbb tuu..kenal laa kutt bro shafi'e samsuddin nii...pendakwah terkenal tahunlepas kat sekolah..dia diiktiraf oleh sultan terengganu sebagai imam masjid...betull nii..i'm serious ok.. when i read the title of 'AMANAT TERAKHIR' sometime it force me to read all over the story about.... really awsome it was the message from our former prefect,broo shafi'e shamsuddin...really interesting...it is about the responsibility of ourselves... what we must do as a creatures,'KHALIFAH' in this world... dear MR.SHAFI'E.. i really like your outstanding piece of work... insyaALLAH,i will always remember all what u said to our brother,sister in smkbb.. I hope u will also get an excellent results for your STPM results 2008 lastyear...lets together we praying for our results...Aaaaamiiiinnn...
|