Latihan Paramedik - Pembantu Pembedahan Pergigian U17 2009
Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti pengajian Latihan Paramedik yang akan ditetapkan oleh pihak Universiti serta mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Bidang Latihan : Pembantu Pembedahan Pergigian
Tempoh Latihan : 2 tahun
Tarikh Mula Pengajian : 01 Januari 2010
Tempat Latihan : Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia, No.3, Jalan Sepoy Lines, 10450 Pulau Pinang.
Kekosongan : Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Syarat-Syarat Kelayakan Calon:
1. Semua calon yang memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia
(b) Umur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
(c) Belum kahwin
DAN
2. Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memperolehi:
(a) Kepujian dalam Bahasa Malaysia
(b) Kepujian dalam Matematik
(c) Kepujian dalam Sains atau Sains Paduan
DAN
3. Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Elaun dan Faedah :
1. Elaun Sara Hidup – RM517.15 sebulan
2. Elaun Buku – RM240.00 setahun
3. Elaun Kertas Projek – RM80.00 setahun
4. Elaun Alat Perkakas – RM25.00 (sekali sepanjang kursus)
5. Subsidi pakaian seragam – RM195.00 setahun
Penyerapan Ke Dalam Jawatan :
Pelatih-pelatih yang tamat dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang disyaratkan adalah layak untuk pertimbangkan ke jawatan berikut:
Pembantu Pembedahan Pergigian U17
Ikatan Perjanjian :
Calon-calon yang berjaya menamatkan pengajian dikehendaki berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selama 3 tahun.
Perhatian :
Syarat kelayakan di atas merupakan kelayakan minimum. Oleh itu hanya calon-calon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
Permohonan yang tidak menerima jawapan dari pihak Universiti Sains Malaysia dalam tempoh 10 hari dari tarikh tutup permohonan boleh menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.
Permohonan :
Sila klik menu ‘Iklan Semasa’ untuk paparan Iklan Latihan Paramedik – Pembantu Pembedahan Pergigian U17 2009.
Pemohon hendaklah berdaftar sebagai ahli erecruIT EVO2. Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini maklumat sedia ada dan pilih jawatan yang dipohon. Sila klik butang pada paparan untuk keterangan dan bantuan cara penggunaan.
Iklan dibuka dari 14 Disember hingga 20 Disember 2009
Bookmark
Email This
Hits: 1713
Comments (0)

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.


